Header Ads

Calon Pengganti Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz Perlu Dikenal Pasti Akhir Januari 2016

Calon pengganti Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dikenal pasti pada akhir Januari tahun depan | Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata calon penggantinya perlu dikenal pasti pada akhir Januari tahun depan, tiga bulan sebelum beliau dijadualkan bersara pada April 2016.

Bagi tujuan itu, Zeti menggalakkan jawatankuasa pentadbiran bank pusat itu untuk mengadakan dan menyelesaikan proses pencarian sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum beliau bersara memetik Mstar.

Calon Pengganti Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz Perlu Dikenal Pasti Akhir Januari 2016

Pada Ogos tahun ini, Zeti memberi bayangan bahawa beliau tidak akan kekal sehingga tempoh perkhidmatan beliau berakhir pada April tahun depan.

“Saya pasti akan kekal dalam pejabat saya hingga tempoh akhir perkhidmatan – tempoh lima tahun dan ia berakhir tahun depan.

“Secara keseluruhannya, saya berkhidmat selama 35 tahun di Bank Negara. Oleh itu, saya akan melakukan sebahagian besar apa yang saya ingin lalukan,” kata Zeti dalam sidang akhbar selama dua jam pada Jumaat.

No comments:

Powered by Blogger.