Bapa meninggal dunia di hari pertama SPM, Norfatin Najhan terpaksa kembali ke sekolah untuk jawab kertas BM2
Dugaan Norfatin Najhan kehilangan bapa tersayang di hari pertama SPM: Terpaksa kembali ke sekolah untuk jawab kertas BM2 setelah hadiri pengkebumian | Pengguna laman sosial berkongsi rasa sedih selepas kisah seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kehilangan bapanya selepas menduduki kertas Bahasa Melayu 1 (BM 1) mula viral.
Di laman Facebook, ucapan simpati mencurah-curah diterima Norfatin Najhan Nasrudin, 17, yang menerima berita sedih selepas bapanya, Nasrudin Hashim meninggal dunia pada jam 2.50 pagi Isnin.
Ramai juga yang mengirimkan doa dan harapan agar Norfatin tabah dan kuat menghadapi saat-saat sukar itu memetik Astro Awani.
Kisah Norfatin pada mulanya dilaporkan akhbar Harian Metro, dan ia pantas mendapat perhatian masyarakat.
Norfatin yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Muar dan tinggal di asrama, hanya dimaklumkan tentang pemergian bapanya pada jam 10.15 pagi, sebaik selesai menjawab kertas BM 1.
Anak bongsu itu dilaporkan ada menghubungi bapanya untuk memohon restu sebelum menjawab kertas berkenaan, namun tidak berjawab. Keluarganya membuat keputusan untuk tidak memaklumkan kematian Nasrudin agar fokus Norfatin tidak menganggu.
Norfatin dijemput abang dan kakaknya untuk menghadiri pengkebumian bapanya, sebelum kembali ke sekolah untuk menjawab kertas Bahasa Melayu 2 (BM 2).
No comments: