Header Ads

Bagaimana Batu Sekecil Ini Mampu Menampung Batu Sebesar Itu?

Tidak Ramai yang Tidak Percaya Ada Batu Gergasi Berdiri di Atas Batu Sekecil Ini | Terletak di Brimham Moor di North Yorkshire, United Kingdom, terdapat pembentukan batu yang terbentuk daripada hakisan selama ribuan tahun. Namun di antara batu batuan tersebut, ada sebongkah yang paling mengagumkan adalah Idol Rock.

Kenapa batu ini begitu istimewa? Lihat bentuknya. Batuan monolot yang dianggarkan mempunyai berat 200 tan ini berdiri kukuh secara seimbang di atas batu kecil berbentuk piramid. Idol Rock dengan ketinggian 4.5 meter. Batuan yang seolah menentang hukum fizik itu membuatkan para pengunjung kagum atas keindahannya.

Bagaimana Batu Sekecil Ini Mampu Menampung Batu Sebesar Itu?

Idol Rock juga dikenali dengan nama The Druids Idol atau The Druid s Writing Desk. Gambar Idol Rock telah tersebar di internet selama bertahun-tahun dan ramai orang menganggapnya sebagai satu penipuan. Sedangkan Idol Rock benar-benar nyata dan merupakan bukti bahawa itu adalah hasil karya alam.

Daerah Brimham Moor sendiri memang dianggap sebagai salah satu persekitaran yang ajaib di sana. Selama era kepimpinan Victoria, puluhan batu dengan bentuk luar biasa terbentuk di sana.

Walaupun ramai orang mengatakan ada kekuatan ajaib di sana, namun pada abad ke-20, para pakar menyedari dan menjelaskan bahawa Idol Rock sebenarnya terbentuk dari hakisan selama 18000  tahun yang berterusan.

Tidak Ramai yang Tidak Percaya Ada Batu Gergasi Berdiri di Atas Batu Sekecil Ini

Tidak Ramai yang Tidak Percaya Ada Batu Gergasi Berdiri di Atas Batu Sekecil Ini

Tidak Ramai yang Tidak Percaya Ada Batu Gergasi Berdiri di Atas Batu Sekecil Ini

No comments:

Powered by Blogger.