Astro ulang siar program bersama bekas suami, ini respon Raja Farah
Luahan Raja Farah Astro ulang siar program bersama bekas suami | Pelakon Raja Farah kesal apabila program Destinasi Cinta yang dirakamkan bersama bekas suaminya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria kerap ditayangkan semula di saluran televisyen Astro.
Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, berkata, biarpun perkara tersebut bukanlah isu besar, namun ia boleh menyinggung perasaan suami baharu dan keluarga mereka.
“Saya tidak kisah cuma harap pihak stesen televisyen itu lebih peka serta sensitif dan tidak menyiarkan lagi program tersebut memetik Mstar.
Raja Farah kesal Astro ulang siar program bersama bekas suami |
“Alhamdulillah, suami saya faham dan tidak kisah, cuma saya tidak mahu pihak keluarga belah dia berkecil hati pula bila terlalu kerap kisah itu disiarkan,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.
Raja Farah diminta mengulas tentang program Destinasi Cinta yang dirakam bagi menceritakan kebahagiaan dia dan suami semasa perkahwinan pertamanya dahulu masuk diulang siar beberapa kali stsesen televisyen Astro.
Dia mengetahui hal tersebut selepas dimaklumkan oleh peminat dan pengikut laman sosial yang tidak berpuas hati dengan hal tersebut.
“Saya jarang tengok televisyen, tetapi sejak kebelakangan ini ada beberapa kali peminat saya tegur di laman sosial bahawa program tersebut sedang ditayangkan.
“Saya tahu stesen televisyen itu juga ada alasan, tapi cuma saya harap mereka lebih sensitif tentang hal-hal sebegitu,” ujarnya.
Sementara itu, Raja Farah yang kini sudah tiga bulan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Iskandar Ismail mengakui sedang melalui fasa kehidupan yang bahagia.
Dia juga lebih menumpukan perhatian kepada keluarga berbanding kerjaya lakonan.
“Tiga bulan bergelar isteri pada perkahwinan kedua ini memang saya rasa sangat bahagia. Sekarang boleh dikatakan dalam fasa berbulan madu lagi.
“Kami berkahwin dulu baru bercinta, jadi sekarang dalam proses mengenali antara satu sama lain,” ujarnya.
Raja Farah berkata, dia juga bakal menunaikan ibadah umrah pertengahan Disember ini dan melangsungkan majlis resepsi keduanya pada Januari depan di Singgahsana Anjung Floria, Putrajaya dekat sini.
Dia juga turut bersyukur masih banyak penaja yang ingin memberi tajaan pada majlis persandingan tersebut.
“Insya-Allah, saya akan menunaikan umrah pada pertengahan Disember ini selepas itu fokus pada majlis resepsi kedua Januari depan.
“Majlis resepsi kali ini adalah untuk kedua-dua pihak keluarga kami yang tidak dapat hadir pada majlis resepsi lepas,” ujarnya.
Raja Farah selamat bergelar isteri kepada Iskandar dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pada 6 September lalu.
Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010 dan bercerai pada 25 Mei 2015.
Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.
No comments: