Header Ads

Sungai Bangang Dungun Terengganu Syurga Duniawi

Pernah Pergi Sungai Bangang di Dungun Terengganu? | Dengan namanya yang pelik, mesti ramai yang tertanya-tanya di mana lokasi Sungai Bangang ini. Untuk info, ia juga dikenali dengan jolokan Sungai Bagan dan Sungai Bongok. Pelik Bukan?

Keindahan dan kejernihan air Sungai Bangang ini menarik ramai untuk mengetahui mengenai kewujudannya dengan lebih lanjut.  Namun tempat ini bukan orang sembarangan yang boleh sampai. Hanya yang berhati kental sahaja.

Kenapa?

Sungai Bangang Dungun Terengganu Syurga Duniawi

Satu hari pendakian

Sungai Bangang ini sememangnya cukup terkenal dalam kalangan pendaki namun tidak ramai yang sampai ke sini memandangkan lokasinya yang sangat jauh dan tinggi.

Menurut mereka yang pernah sampai ke sini, perjalanan sekurang-kurangnya sehari diperlukan dan bergantung juga kepada stamina. Dan perlu bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir sebab kebiasaannya sampai sini dah lewat petang, maghrib.

Namun Sungai Bangang merupakan kawasan persinggahan pendaki ketika turun dan pulang dari Lata Lansir. Tapi memang terbaik Sungai Bangang ni, jernih sungguh!

Pernah Pergi Sungai Bangang di Dungun Terengganu?

Pernah Pergi Sungai Bangang di Dungun Terengganu?

Dekat mana? CBL Terengganu

Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir.

Untuk sampai ke Sungai Bangan ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.

Kebiasaannya trek CBL akan bermula daripada Hutan Lipur Chemerong dan seterusnya ke Puncak Chemerong, Puncak Berembun dan akhirnya akan bermalam di Puncak Air Terjun Langsir sebelum kembali semula ke lokasi permulaan.

Info Sungai Bangang di Dungun Terengganu

Info Sungai Bangang di Dungun Terengganu

Macam mana nak sampai sini?

Untuk beginner, korang boleh join mana-mana group hiking di Facebook memandangkan mereka sangat aktif. Tak tahu group mana? Jangan risau sebab kami dah kumpulkan 16 ‘outdoor group’ yang anda boleh sertai untuk pelbagai aktiviti lasak dan ekstrem. 

Info Sungai Bangang Dungun Terengganu

Info Sungai Bangang Dungun Terengganu

Sumber: Murshid Haji Maktar, Hiking & Camping Around Malaysia , Trekkerz

No comments:

Powered by Blogger.