Header Ads

Lelaki Miliki Kuku Terpanjang di Dunia Mahu Dermakannya di Muzium

Miliki Kuku Terpanjang di Dunia, Lelaki Ini Ingin Dermakannya di Muzium | Seorang lelaki di India yang mempunyai kuku terpanjang di dunia merancang untuk memotong kukunya dan diletakkan di muzium.

Shridhar Chillal, 78 tahun telah menyimpan kukunya sejak tahun 1952 semasa dia dibangku sekolah lagi. Dia terus membiarkan kukunya tumbuh panjang walaupun mengalami kesukaran untuk melakukan sebarang pekerjaan dan mencari cinta memetik Era.fm.

Lelaki Miliki Kuku Terpanjang di Dunia Mahu Dermakannya di Muzium

Shridhar kini secara rasminya merupakan individu yang memiliki ‘Longest Fingernails on a Single Hand Ever’ menurut Guinness World Records untuk tahun 2016.Lelaki ini mendedahkan sebab utama dia ingin menyimpan kukunya panjang.

Shridhar berkata, “Semasa saya masih bersekolah, kami pernah dipukul oleh seorang cikgu kerana kawan saya terpatahkan kukunya. Cikgu tersebut mempunyai kuku yang panjang.”

“Kami tanya kepadanya kenapa dia pukul kami semata-mata kerana rosakkan kukunya. Dia kata kami tak akan faham kerana kami tak pernah simpan kuku panjang.”

Sejak itu, Shridhar ambil cabaran tersebut untuk menyimpan kukunya panjang sehingga kini. Kukunya kini adalah 909.6cm panjang.

No comments:

Powered by Blogger.