Header Ads

Kerana tak mampu jaga, ibu serah 3 anak pada orang tidak dikenali

Ibu sanggup serah 3 anak lelakinya pada orang tidak dikenali kerana tak mampu jaga | Guangzhou: Seorang wanita di China dilaporkan cuba menyerahkan tiga anak lelakinya kepada orang tidak dikenali di sini.

Wanita yang tidak dikenali itu dilihat berkeliaran di luar sebuah stesen kereta api bawah tanah di Guangzhou, selatan China, lapor akhbar People’s Daily Online.

Kerana tak mampu jaga, ibu serah 3 anak pada orang tidak dikenali
SEORANG wanita (kiri) memberikan wang kepada ibu berkenaan.

Dia yang mendakwa ditinggalkan suaminya baru-baru ini, membawa ketiga-tiga anaknya, semuanya tidak berbaju dan menawar kepada orang ramai untuk mengambil mereka.

Wanita itu menarik tumpuan orang ramai kerana menurut dasar satu anak yang dikuatkuasakan di China, kebanyakan ibu bapa biasanya dilihat bersama-sama seorang anak.

Melihat tiga anak yang berlainan umur dengan seorang ibu atau bapa dianggap ganjil di negara itu.

No comments:

Powered by Blogger.