Header Ads

Jawapan Kenyataan Tudung Itu Fetish Umat Islam Dan Satu Obsesi Oleh Alicia Izharuddin

Ini Jawapan Balas Untuk Kenyataan Alicia Izharuddin Dakwa Tudung Itu Fetish Umat Islam Dan Satu Obsesi | Malaysia dikejutkan dengan kenyataan Alicia Izharuddin yang mendakwa tudung itu fetish dan merupakan suatu obsesi.

Mengejutkan bukan? Jom kita baca jawapan balas kepada kenyataan yang disifatkan sebagai jahil itu.

Alicia Izharuddin Tolong Baca Artikel Ini

Agenda Islam Liberal – Mengangkat Feminisme dan Kesamarataan Gender

1. Antara agenda Islam Liberal ialah mengangkat dan memperjuangkan idea feminisme dan kesamarataan gender. Bagi golongan ini, lelaki dan perempuan mempunyai hak kesamarataan dalam semua aspek, apa sahaja yang lelaki boleh buat perempuan juga boleh buat, tidak terkecuali dalam soal berpakaian atau aurat. Idea ini bertentangan dengan beberapa nas al-Quran dan hadis yang telah menetapkan kelebihan kedudukan dan perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam beberapa perkara. Jika mereka benar-benar orang beriman dan berakal, sudah tentu mereka tidak menolak ketetapan tersebut.

2. Di Malaysia, fahaman feminisme dan kesamarataan gender in didokong oleh beberapa kumpulan Islam Liberal seperti Sisters in Islam (SIS) yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Selangor pada tahun 2014. Antara pendapat SIS ialah mempromosi dan menyokong kegiatan seks bebas (LGBT), anti poligami, anti hudud (hukum Islam), perempuan boleh menjadi imam solat seperti dilakukan oleh Aminah Wadud (USA), kes-kes syariah dalam kalangan orang Islam dibicarakan di mahkamah sivil, mempertahankan hak wanita Muslim bertukar agama atau murtad atas nama hak asasi manusia dan sebagainya lagi.

3. Aurat secara umumnya bermaksud semua perkara yang wajib ditutupi dan haram untuk memperlihatkanya dan melihatnya. Maka dimaksudkan menutup aurat pula ialah seseorang itu mestilah menutup kawasan yang dikategorikan sebagai aurat, tidak menampakkan warna kulit dan tidak menampakkan bentuk tubuh mereka. Namun dalam topik kedudukan aurat perempuan Islam di sini, saya hanya mengetengahkan batasan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (lelaki asing yang bukan mahramnya) sahaja.

4. Dalam hal ini, jumhur ulama ASWJ menyatakan bahawa batasan aurat perempuan Islam di hadapan lelaki ajnabi adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tengan. Penetapan ini berdasarkan ayat al-Quran (surah al-Nur (24) ayat 31) yang melarang perempuan memperlihatkan perhiasan diri. Malah jumhur ulama turut menetapkan jika boleh menimbulkan fitnah atau syahwat, kewajipan menutup aurat adalah seluruh tubuh badan tanpa sebarang pengecualiaan. Adapun hikmah di sebalik kewajipan menutup aurat itu adalah untuk menjaga dan mengangkat kedudukan perempuan itu sendiri.

5. Oleh itu, perempuan Islam boleh sahaja untuk tidak bertudung atau berjilbab, tetapi mestilah menutup aurat. Namun menutup aurat terutamnaya di bahagian kepala sehingga dada selalunya dikaitkan dengan bertudung (kain) berbanding daripada menggunakan bahan-bahan lain. Jika ada perempuan Islam yang lebih selesa memakai kotak atau baldi atau bahan-bahan lain untuk menutup aurat, perkara ini diharuskan dan tidak menjadi masalah, asalkan menutup aurat sebagaimana digariskan oleh syarak.

6. Berdasarkan penjelasan di atas, bertudung bukan berkaitan soal sejarah atau budaya, sebaliknya ia adalah syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Dalam konteks Malaysia, pemakaian tudung sudah tentu bermula lebih awal, memandangkan teori kedatangan Islam ke rantau Nusantara dikatakan seawal pada zaman Khalifah Uthman Affan RA lagi. Maka dakwaan penulis (Alicia Izharuddin) bahawa bertudung di Malaysia (Melayu-Islam) adalah budaya yang bermula pada akhir 1970-an kerana terpengaruh dengan revolusi Iran adalah tidak tepat dan tertolak.

7. Selain itu, perkembangan ilmu dan dakwah Islam di Malaysia bukan bermula akhir 1970-an atau 1980-an sebagaimana dakwaan penulis, sebaliknya ia berlaku lebih awal melalui peranan institusi-institusi Islam tradisional serta pihak kerajaan (terutamanya selepas kemerdekaan). Kritikan penulis terhadap PAS dan ABIM sahaja yang dikatakan telah menyekat dan menyelamat ‘minah karan’ dari kampung yang bekerja di bandar dalam mendepani arus modenisasi menunjukkan penulis tidak memahami sejarah agama Islam di Malaysia. Aurat (bertudung) bukan lambang kelas pertengahan atau menengah ‘minah karan’ sahaja.

8. Penulis juga seolah-oleh ingin menyatakan bahawa Islam tidak meraikan kemodenan, atau kemodenan itu dilihat bertentangan oleh Islam. Hakikatnya, Islam tidak pernah menolak kemodenan sebagaimana dakwaan golongan Islam Liberal. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Islam lebih moden dan terkehadapan berbanding tamadun Barat yang hanya dikatakan bermula selepas zaman Renaisans. Islam hanya menolak kemodenan yang tidak selari dengan ketetapan syariat Islam, bukan menolak kemodenan secara total.

9. Jika penulis memahami semua penjelasan di atas, tidak timbul lagi persoalan Melayu-Islam di Malaysia terlalu obses dengan pemakaian tudung dalam proses Islamisasi. Apatah lagi dalam Perlembagaan Persekutuan, agama Islam diiktiraf sebagai agama bagi persekutuan. Maka umat Islam di Malaysia sememangnya patut mendukung agama Islam. Persoalan yang sepatutnya ditanya, kenapakah penulis begitu obses dengan idea Barat berbanding ajaran Islam? (Saya merasakan penulis seorang Melayu-Islam).

10. Sebelum mengkritik, penulis sepatutnya menginsafi kelemahan diri serta mempelajari dan memahami ajaran agama Islam terlebih dahulu. Ini kerana hujah yang tidak ilmiah ini melambangkan kerendahan tahap pengetahuan Islam penulis, contohnya: 
“Jadi, mengapa pula saya tidak memakai tudung? Pendirian saya yang feminis menolak perbezaan sosial antara lelaki dan perempuan. Ini termasuklah definisi yang membezakan antara aurat lelaki dan perempuan. Apa yang sebenarnya membezakan perempuan dengan laki-laki hingga sehelai rambut seorang perempuan perlu disembunyikan?”
“Saya faham rambut wanita Muslim hanyalah simbolik sahaja dan mempunyai maksud yang lebih tersirat. Ia melambangkan perbezaan yang mengasingkan lelaki daripada perempuan di ruang domestik dan awam. Tudung adalah satu fetish – sebuah objek yang ditumpukan hasrat dan obsesi sekalian umat dan bangsa Melayu.”

11. Semua penyataan penulis menguatkan lagi bukti sedia ada bahawa Islam Liberal hanya bertuhankan akal semata-mata, dengan mengutamakan konsep kebebasan mutlak termasuklah dalam menafsirkan al-Quran dan hadis. Perkara ini saya pernah dedahkan dalam post sebelum ini yang bertajuk: Agenda Islam Liberal – Meruntuhkan Autoriti Agama.

Wallahu’alam.

Catatan: Tulisan ini merupakan sebahagian kritikan terhadap tulisan Alicia Izharuddin dalam Malay Mail Online (15 Oktober 2015) bertajuk: Asal-Usul Obsesi Melayu Dengan Tudung.

Oleh: Muhd Rashidi

No comments:

Powered by Blogger.