Header Ads

Inilah Bukti Seorang Ibu Mampu Menjadi Orang Penting Dalam Negara

Ahli Parlimen Ini Buktikan Seorang Ibu Mampu Menjadi Orang Penting Dalam Negara | Di Rome, Itali, seorang Ahli Parlimen Marche, Itali, Licia Ronzuli membuktikan seorang ibu mampu menjadi individu penting dalam negara.

Pada tahun 2010, ahli parlimen itu mengejutkan ramai pihak apabila tampil di Parlimen Kesatuan Eropah (EU) dengan membawa bayinya, Vittoria Cerioli yang berusia sebulan ketika itu memetik Sinar Harian.

Inilah Bukti Seorang Ibu Mampu Menjadi Orang Penting Dalam Negara

Sejak itu, kelibat beliau dan anaknya sering menjadi perhatian dan jurugambar juga merakam gambar mereka berdua, selain itu mereka juga sering memakai pakaian sedondon.

Penampilannya yang pertama di parlimen menyaksikan beliau memakai pengendong bayi.

Ahli Parlimen Ini Buktikan Seorang Ibu Mampu Menjadi Orang Penting Dalam Negara

Ronzuli ketika ditemubual AFP berkata, sebelum ini pelbagai perkara yang dibahaskan dan diperjuangkannya di Parlimen kurang mendapat perhatian media, namun sejak kemunculan beliau dan anaknya di Parlimen beliau menjadi tumpuan media.

“Sejak saya membawa bayi ke Parlimen secara tiba-tiba semua lensa tertumpu kepada kami,” katanya.

Ahli Parlimen Ini Buktikan Seorang Ibu Mampu Menjadi Orang Penting Dalam Negara

Telatah Vittoria yang sering men‎gikut gerak-geri ibunya itu mencuri tumpuan ramai.

Siri gambar yang dirakam kebanyakannya menunjukkan mereka berdua mengangkat tangan tanda sokongan terhadap perkara yang diusulkan.

Ahli Parlimen Ini Buktikan Seorang Ibu Mampu Menjadi Orang Penting Dalam Negara

Lantas aksi mereka berdua sering menjadi tumpuan media tatkala sidang Parlimen berlangsung.

Ronzuli ketika bercakap kepada media Itali berkata, keputusannya membawa bayi ke Parlimen bukanlah gimik politik sebaliknya ingin menunjukkan kepentingan hubungan ibu dan anak.

Ahli Parlimen Ini Buktikan Seorang Ibu Mampu Menjadi Orang Penting Dalam Negara

“Saya ingin mengingatkan dan menegaskan yang tidak semua ibu berpeluang menjaga anak seperti saya lebih-lebih lagi ketika masih menyusu,” katanya.

Dalam pada itu Parlimen menetapkan bahawa Ronzuli bebas membawa anaknya ke parlimen selagi tidak mengganggu ahli Parlimen bersidang.

No comments:

Powered by Blogger.