Dituduh Sebabkan Kematian Seorang Budak, Jururawat Dimalukan Ditempat Awam
Video Jururawat Dimalukan Dikhalayak Ramai Selepas Didakwa Sebabkan Kematian Seorang Kanak-Kanak | Dek kerana tidak berpuas hati dengan doktor dan jururawat di Hospital Taikang di sini telah diserang dan dimalukan oleh sebuah keluarga di khalayak ramai selepas anak mereka yang berusia kira-kira tiga tahun, Yaoyao didakwa telah meninggal dunia setelah mendapatkan rawatan di situ.
Keluarga berkenaan telah menuduh kakitangan hospital berkenaan menyebabkan kematian anak mereka kerana diberikan ubat yang salah. Ia juga menyebabkan mereka mengamuk lalu memarahi jururawat dan doktor yang bertugas.
Pada mulanya, kakitangan hospital telah dipukul di dalam kaunter hospital sebelum keluarga berkenaan bertindak nekad memaksa doktor dan jururawat tersebut memangku anak mereka yang telah meninggal dunia di luar hospital dan di khalayak ramai.
Mereka juga dilihat bertindak menjerit dan memukul kepada petugas hospital tersebut hingga menyebabkan ada antaranya yang menangis kerana sakit dan malu.
Insiden itu kini dalam siasatan. Hospital Taikang pula pada masa sama bersedia memberikan kerjasama dan menafikan bahawa ia telah memberikan rawatan yang salah kepada budak terbabit.
No comments: