Header Ads

Di Korea Trending Minum Kopi Sambil Cium

Minum Kopi Sambil Cium Kini Trending di Korea | KOPI dan ciuman adalah dua benda yang menarik bagi semua orang bukan?

Tidak dinafikan minuman kopi merupakan lambang ketenangan bagi segelintir individu manakala ciuman pula adalah satu tanda romantis bagi pasangan yang telah berkahwin.

Namun, bolehkah kedua-dua benda tersebut digabungkan menjadi satu? Sudah tentu boleh! Kreativiti masyarakat di Korea Selatan telah merealisasikan kedua-dua benda tersebut menjadi satu realiti.

Di Korea Trending Minum Kopi Sambil Cium

Seorang lelaki tempatan bernama Jang Woo Seok telah menghasilkan satu penutup kopi dengan rekaan bibir dan hidung di penutup cawannya, lapor media negara ‘kimchi’ itu.

Memulakan projek tersebut dengan penghasilan bentuk bibir dahulu, lakaran hidung menyusul selepas dia mendapat ilham hasil melihat patung Greek kuno.

Minum Kopi Sambil Cium Kini Trending di Korea

Minum Kopi Sambil Cium Kini Trending di Korea

Pengalamannya pernah minum kopi pada waktu pagi serta memberikan ciuman hangat kepada pasangannya adalah sesuatu perkara yang menarik.

Dan ia sesuatu perkara yang seronok untuk melihat orang ramai membawa cawan kopi berbentuk unik seperti itu setiap hari sehingga ia menjadi trending pulak!

Minum Kopi Sambil Cium Kini Trending di Korea

Memang bijak ideanya ini dan bagi individu yang tidak berpasangan bolehlah cium penutup kopi tersebut setiap hari selepas bangun tidur. – Agensi

No comments:

Powered by Blogger.