Header Ads

Bonda Ummu Jah tenat, Bekas pengikut al-Arqam penuhi ruang ICU

Bekas pengikut al-Arqam penuhi ruangan ICU ziarah Bonda Ummu Jah yang tenat | Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan ‘bonda Ummu Jah’ dimasukkan ke sebuah hospital di Australia Khamis lalu sebelum dipindahkan ke hospital berkenaan pada Sabtu.

Doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa Ummu Jah mengalami koma akibat kematian otak (brain death) dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Menurut sumber, keadaan Ummu Jah kini masih tenat dan tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif berbanding hari sebelumnya memetik Sinar Harian.

Bonda Ummu Jah tenat, Bekas pengikut al-Arqam penuhi ruang ICU

“Hospital masih menanti keputusan ahli keluarga terdekat untuk menghentikan mesin bantuan pernafasan itu sebelum menghantarnya pulang ke Kampung Temalang, Mukim Putat, Jitra,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan keadaan Ummu Jah berada dalam keadaan tenat di sebuah hospital swasta di Alor Setar.

Ummu Jah sebelum ini berada hampir empat bulan di Australia atas urusan kerja dan bertemu bekas pengikut kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan kesihatannya kurang memuaskan sebelum dimasukkan ke sebuah hospital di sana.

No comments:

Powered by Blogger.