Awie Akui Berpisah Dengan Wings Adalah Sangat Perit
Tinggalkan Wings Lebih Sedih Berbanding Berpisah Dengan Isteri – Awie | Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie memberitahu perpisahannya selama lapan tahun dengan kumpulan itu merupakan tempoh yang paling pahit dalam sejarah hidupnya.
Bagaimanapun, ia mengajarnya erti persahabatan selain lebih banyak bertolak ansur bagi mengekalkan hubungan antara Awie dengan ahli yang lain memetik Mstar.
“Hubungan kami seperti hubungan perkahwinan dan jika bercerai sudah tentu sedih, malah saya lebih terasa perpisahan dengan mereka daripada berpisah dengan isteri saya. Ia kerana Wings punca rezeki kami, sumber pendapatan Wings juga yang beri makan pada isteri dan anak-anak saya, begitu juga dengan ahli yang lain.”
Awie bersama kumpulan Wings sejak ditubuhkan pada 1985. Dia kemudian mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan tersebut pada tahun 1993 dan kembali semula bersama Wings pada 2002.
Semasa ketiadaan Awie, tempat vokalis Wings diambil alih oleh Mel. Awie juga ada menegaskan bahawa perpisahan tersebut berikutan beberapa sebab yang dianggap sebagai keputusan yang tidak matang ketika itu. “Dulu saya akui belum matang dan bertindak terlalu mengikut emosi dan darah muda. Sekarang saya menyesal dan kalau boleh diputar waktu memang saya ingin elakkan perpisahan tersebut.
Kini saya lebih banyak bersabar dan jika marah atau terasa dengan sesuatu perkara saya hanya berdiam diri. Mereka juga faham kalau saya diam sahaja bermakna saya terasa atau kecil hati.”
No comments: