Tindakan Lelaki Beli Vape Dengan Harga RM17 Ribu Dipersoal
Bida Vape Dengan Harga RM17 Ribu, Lelaki Dikecam | Dengan duit sebanyak RM17 ribu, agak-agak apa yang korang boleh dapat dengan duit sebanyak itu?
Bayar down payment untuk beli kereta, rumah? Gunakan untuk bercuti ke kepulauan Boracay, Filipina atau gunakan wang tersebut bagi melangsungkan majlis perkahwinan? Atau pergi menunaikan ibadah umrah/haji?
Bayar down payment untuk beli kereta, rumah? Gunakan untuk bercuti ke kepulauan Boracay, Filipina atau gunakan wang tersebut bagi melangsungkan majlis perkahwinan? Atau pergi menunaikan ibadah umrah/haji?
Bagi lelaki ini, dia sanggup membida vapor ‘limited edition’ berharga RM17 ribu dalam satu lelongan. Nak tahu harga asal vapor tu? Memetik Oh Bulan, pasti korang terkejut bila dapat tahu harga asal vape yang dibidanya itu.
Harga asal RM1,800 je.
Menerusi video yang dikongsi oleh page Lawak Siyot di Facebook menunjukkan sekumpulan lelaki yang dipercayai penggemar tegar vapor sedang membida alat berkenaan.
Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki membuka ‘lelongan’ vapor yang dikatakan meletakkan pada harga RM1,800 sebelum ia mula dibida lelaki lain dengan harga RM2,000.
RM17 ribu, tiada siapa nak lawan dah.
Proses bidaan tersebut akhirnya selesai selepas seorang lelaki membida dengan harga RM17 ribu sehingga orang ramai mengalah.
Pada masa sama, pelbagai pandangan dilemparkan netizen di laman sosial berkenaan vapor yang berharga RM17 ribu tersebut.
P/s: Dia punya duit, dia punya suka.
(Terbaharu: Inilah Lelaki Bida Vape RM17 Ribu)
No comments: