Header Ads

Sokongan Pekerja Binaan Kepada Pesakit Leukimia Sangat Menakjubkan

Pekerja Binaan Tulis Mesej Menyentuh Hati di Luar Hospital Untuk Pesakit Leukimia | Dua orang lelaki pekerja binaan bersebelahan hospital kanak-kanak Missouri sangat baik hati kerana menulis kata-kata semangat ‘Get Well Soon’ pada rasuk untuk seorang pesakit leukemia di hospital itu yang berusia 2 tahun memetik Era.fm.

Sokongan Pekerja Binaan Kepada Pesakit Leukimia Sangat Menakjubkan

Travis Barnes dan Greg Combs memberitahu, “Kami adalah dua orang lelaki yang bertanggungjawab mengawal kren yang membawa rasuk untuk bangunan ini, jadi kami cukup dekat dengan tingkap itu. Dia melambai ke arah kami dan kami melambai balik ke arahnya dan ini berlangsung selama dua hari.”

Pada suatu hari, saya memberitahu rakan saya di bawah untuk menulis ‘Get Well Soon’ pada rasuk yang akan dibawa naik. Vivian menghidap penyakit acute lymphoblastic leukemia. Ibu Vivian, Ginger Keith berkata, “Saya fikir ianya sesuatu yang menakjubkan dan perkara paling manis”

Pekerja Binaan Tulis Mesej Menyentuh Hati di Luar Hospital Untuk Pesakit Leukimia

“Saya tahu mereka bekerja keras untuk menyiapkan kerja mereka. Tapi mengambil sedikit masa lakukan ini untuk seorang kanak-kanak adalah sangat indah.” Barnes dan Combs juga sempat meluangkan masa mereka melawat Vivian di wadnya.

Tindakan dua orang pekerja binaan ini patut dijadikan contoh. Seronok rasanya apabila orang yang kita tak kenal mampu buat kita gembira.

No comments:

Powered by Blogger.