Siswazah lelong ijazah dengan harga RM200 ribu akibat Gagal dapat kerja
Gagal dapat kerja, siswazah jual ijazah dengan harga RM200 ribu | Tekanan yang dialami apabila gagal mendapat pekerjaan yang baik biarpun lulusan universiti, membuatkan seorang gadis di Amerika Syarikat bertindak jual ijazah yang dimilikinya.
Stephanie Ritter, yang merupakan graduan Florida State University (FSU) dalam bidang teater, membuat keputusan jual ijazah dengan harga AS$40,000 (RM200,677) di laman eBay memetik Astro Awani.
Ia bertujuan untuk membantu dia melunaskan hutang pengajiannya yang berjumlah AS$40,000 (RM167,164).
Lulus Sarjana Muda dengan kepujian pada tahun 2011, Ritter memberitahu portal Buzzfeed, dia kecewa kerana masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan.
Dia sebaliknya kini masih bertugas sebagai pembantu dengan gaji yang sangat kecil.
“Saya fikir sijil ini akan membantu saya dalam hidup, tetapi rupa-rupanya tidak,” kata Ritter.
Mereka yang membeli sijil ini juga akan memperolehi ‘pengalaman jelajah’, di mana Ritter akan membawa pembeli menjelajah sekitar kampus FSU dan merasai pengalaman seperti mana dialaminya selama empat tahun belajar di universiti itu.
“Kenapa habiskan masa untuk belajar dan peroleh ijazah jika anda boleh beli sahaja?” kata Ritter dalam deskripsi di laman eBay.
No comments: