Header Ads

Pihak Berkuasa Rampas Roller Blade Peniaga di Putrajaya

Habis Roller Blade Dirampas Penguatkuasa di Bulatan Masjid Putra, Putrajaya | Siapa yang berkesempatan berkunjung ke Putrajaya, pasti pernah singgah di bulatan Masjid Putra yang menjadi tarikan utama pelancong baik luar dan dalam negara.

Kerana menjadi tumpuan pelancong yang tidak putus-putus mengunjungi kawasan tersebut, kawasan itu turut menjadi tarikan kepada peniaga. Ramai peniaga membanjiri kawasan terbabit untuk menjual makanan dan alatan permainan.

Pihak Berkuasa Rampas Roller Blade Peniaga di Putrajaya

Yang menjadi tarikan utama adalah servis sewa roller blade, basikal, dan macam-macam lagi yang menjadi kegemaran ramai terutama kanak-kanak.

Namun, tindakan pihak berkuasa merampas roller blade peniaga dan menggertak pengunjung membuat ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang disifatkan kejam itu.

Ikuti luahan Tg Rozahan Zahid apabila anaknya digertak penguatkuasa yang agresif.

Habis Roller Blade Dirampas Penguatkuasa di Bulatan Masjid Putra, Putrajaya

Seperti yang kita sedia maklum, adalah dilarang untuk menjaja di kawasan terbabit. Namun, penjaja masih sahaja berkeras untuk berniaga di kawasan itu.

Namun, tindakan penguatkuasa menggertak kanak-kanak adalah sangat tidak wajar. Mereka seharusnya bertanya kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

No comments:

Powered by Blogger.