Header Ads

Penyokong baling suar di perlawanan Malaysia vs Arab Saudi

Harapan peminat menyaksikan Malaysia menebus maruah selepas tewas 0-10 kepada pasukan Emiriyah Arab Bersatu pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019  dicemari insiden yang tidak diingini malam ini memetik Astro Awani.

Penyokong baling suar di perlawanan Malaysia vs Arab Saudi
Ketika dihentikan berikutan insiden membaling suar, Malaysia ketinggalan 1-2 kepada pasukan Arab Saudi

Ia selepas perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam antara Malaysia dan Arab Saudi dihentikan oleh pengadil perlawanan, Liu Kwok Man dari Hong Kong pada minit ke-88 berikutan tindakan penyokong yang membaling suar ke dalam padang.

Pengadil kemudiannya mengarahkan semua pemain masuk ke bilik persalinan.

Penyokong baling suar di perlawanan Malaysia vs Arab Saudi

Jurucakap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kemudian mengumumkan aksi itu dihentikan selama 30 minit, dan keputusan selanjutnya akan diputuskan oleh urusetia perlawanan sama ada meneruskan perlawanan atau sebaliknya.

Perlawanan Malaysia vs Arab Saudi dihentikan pada minit 88 kerana insiden penyokong baling suar
Ketika insiden itu, Arab Saudi sedang mendahului Malaysia 2-1.

Malaysia mendahului pada minit ke-70 hasil jaringan pemain tengah negara Safiq Rahim.

Dua minit kemudian, Taiseer Al-Jassam menyamakan kedudukan sebelum gol kedua Arab Saudi dijaringkan oleh Mohammed Al-Sahlawi pada minit ke-76.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang turut berada di Stadium Shah Alam menzahirkan pandangannya terhadap insiden tersebut melalui akaun Twitter rasminya.

Menurutnya, perbuatan membaling suar adalah salah namun pada masa yang sama menunjukkan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal menyediakan kawalan aspek keselamatan di stadium.

(Baca: 15 Penyebab Ultras Malaya ‘Amuk’ Baling suar)

No comments:

Powered by Blogger.