Header Ads

Pejabat Perdana Menteri Sahkan Najib dan Altantuya Tiada Hubungan

Najib dan Altantuya tiada hubungan kata Pejabat Perdana Menteri | Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak ‘tidak tahu, tidak pernah bertemu, tidak pernah mempunyai sebarang hubungan atau kaitan sama sekali’ dengan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Satu laporan Al Jazeera pada Khamis mendakwa Altantuya mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri dan kedua-dua individu yang didakwa membunuh wanita tersebut dikaitkan dengan Najib memetik Mstar.

Pejabat Perdana Menteri Sahkan Najib dan Altantuya Tiada Hubungan

“Kedua-dua individu yang disabitkan bukan pengawal peribadi kepada Perdana Menteri. Tuduhan itu adalah berniat untuk mengelirukan dan digunakan untuk mengekalkan teori konspirasi tidak berasas.

“Mereka adalah ahli unit Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjaga keselamatan pegawai kerajaan dan pelawat kenamaan secara bergilir-gilir. Perdana Menteri tidak menyedari tindakan individu tersebut sehingga mereka ditahan,” demikian menurut kenyataan yang disiarkan di dalam laman web Al-Jazeera.

Menurut PMO, proses undang-undang secara menyeluruh telah dilakukan termasuk siasatan polis dan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Kenyataan tersebut juga menyebut Altantuya tidak pernah terlibat dalam pembelian kapal selam Tentara Laut Diraja Malaysia sebagaimana didakwa.

Menurut kenyataan itu lagi, pembelian tersebut dilakukan menerusi rundingan antara kerajaan Malaysia dan Perancis.

No comments:

Powered by Blogger.