Header Ads

Mayat Anthony Kevin Morais Ditemui Dalam Keadaan Mengerikan

Mayat Anthony Kevin Morais Ditemui Terikat Dalam Guni Dan Disimen | Mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais ditemui dalam keadaan terikat di dalam guni dan disimen di Jalan Subang 3, kira-kira 6 pagi tadi.

Siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit sedang dijalankan memetik laporan Harian Metro.

Mayat Anthony Kevin Morais Ditemui Dalam Keadaan Mengerikan

Difahamkan, mayat Anthony Kevin Morais  ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin.

Polis juga yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa terdekat selepas turut menahan beberapa individu termasuk dalang utama kes terbabit.

Dengan penemuan mayat itu juga, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

(Terbaharu: Doktor tentera suspek utama pembunuhan Anthony Kevin Morais)

No comments:

Powered by Blogger.