Header Ads

Didie Alias Bengang Dituduh Tidak Bertanggungjawab Oleh Bekas Suami

Luahan Didie Alias Tampil Dituduh Tidak Bertanggungjawab Oleh Bekas Suami | Awal Ogos lalu, anak perempuan hasil perkahwinan Didie Alias dan Ridzuan Hashim telah pun selamat dinikahkan. Untuk maklumkan, Didie dan Ridzuan telah pun bercerai pada tahun 2002 dan mempunyai 5 orang anak hasil perkongsian hidup.

Pada majlis pernikahan anaknya itu, Ridzuan Hashim telah dijemput untuk menjadi wali. Di sebalik kelancaran majlis, ada desas-desus timbul di mana Ridzuan telah mempertikaikan tanggungjawab Didie Alias membesarkan anak-anak mereka selepas majlis tersebut memetik Beautifulnara.

Didie Alias Bengang Dituduh Tidak Bertanggungjawab Oleh Bekas Suami

Bengang dengan tuduhan tidak berasas itu, Didie Alias telah pun tampil mempertahankan dirinya. Didie Alias mendakwa selepas penceraian mereka, Ridzuan Hashim tidak langsung menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dalam membesarkan kelima-lima anak mereka. Kata Didie:-

Selama ini saya hanya bertahan dan berdiam diri walaupun kesusahan yang saya tanggung membesarkan anak-anak hanya saya yang pikul. Tiba-tiba sekarang dia hendak bercakap pula mengenai tanggungjawab saya? Bagi saya jika itu yang berlaku, ia memang tidak patut.

Dia diundang ke majlis untuk mewalikan pernikahan itu saja, tetapi dia terus berada di majlis. Memanglah dia bapa kandung anak-anak saya, tetapi status itu hanya pada nama dan tanggungjawab terhadap mereka tidak pernah ditunaikan.

Perkara sebegini memang sering terjadi apabila penceraian berlaku. Masing-masing ingin menunjukkan mereka yang bersusah payah membesarkan anak-anak sedangkan pada hakikatnya, jenguk anak pun tak pernah. Siapa yang makan cili dialah terasa pedasnya. Janganlah abaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah atau ibu walaupun sudah bercerai dan bila hari bahagia anak tersebut, tiba-tiba nak ‘claim’ diri sendiri yang bertanggungjawab membesarkan anak dengan penat lelah. Apa kata anda?

Luahan Didie Alias Tampil Dituduh Tidak Bertanggungjawab Oleh Bekas Suami

Antara komen netizens yang backup Didie Alias dan hentam Redzuan Hashim:-

  • Lepas cerai, Didie dan lima anak ditinggalkan sehelai sepinggang. Ada yang kata mereka dihalau macam tu je.
  • Didie dan lima anak merempat dan menumpang di flat kawan.
  • Didie bawa kelima-lima anaknya berniaga di pasar malam.
  • Didie pergi McD beli fries je kongsi dengan anak-anak.
  • Lepas cerai pernah berniaga nasi lemak dan kuih.


Sekarang ni siapa yang tak bertanggungjawab?

No comments:

Powered by Blogger.