Header Ads

5 Sebab Kenapa Wanita Tak Patut Bersolek Setiap Hari

5 Sebab Kenapa Wanita Tak Patut Pakai Mekap Setiap Hari | Ada pekerjaan memerlukan wanita untuk memakai mekap setiap hari.

Apa yang pasti, mekap membuatkan wajah wanita nampak berbeza dan lebih cantik.

Namun, penggunaan mekap setiap hari tidak baik untuk kesihatan kulit, walaupun anda perlu gunakan untuk menutupi cela atau noda pada wajah.

Menerusi Hanasuva.com, kami kongsikan antara 5 sebab kukuh kenapa anda tidak patut memakai mekap setiap hari!

5 Sebab Kenapa Wanita Tak Patut Bersolek Setiap Hari

1. Ada produk kecantikan beracun

Ada produk jika digunakan setiap hari akan beri kesan buruk pada kulit kerana mengandungi bahan beracun. Walaupun anda membeli mekap yang mahal, namun, bahayanya tetap ada. Lebih selamat jika anda kurangkan memakai mekap!

2. Ada cara lain cantikkan kulit

Dari anda berhabis duit dengan membeli mekap yang mahal semata-mata hanya untuk menutup cela pada wajah, apa kata jika anda merawat masalah kulit anda. Kalau kulit cantik, tak perlu pakai mekap dah!

3. Biarkan kulit anda bernafas

Beri masa beberapa hari ketika bercuti untuk kulit anda bernafas. Ini kerana mekap mampu menyumbat liang-liang kulit dan buatkan kulit anda jadi lebih teruk!

4. Sistem pernafasan terganggu

Ada beberapa make up yang mempunyai bau wangi atau bau khas tertentu. Jika anda memakai mekap setiap hari, mungkin paru – paru anda jadi tidak selesa untuk bernafas dan terganggu.

5. Bukan kecantikan semula jadi

Tabiat memakai mekap membuatkan anda kelihatan biasa sahaja di mata rakan-rakan atau kekasih. Takut-takut lepas kahwin suami lari sebab terkejut dengan wajah anda tanpa mekap.

No comments:

Powered by Blogger.