5 Cara Mudah Untuk Kecilkan Kaki yang Besar
Kaki Macam Gajah? 5 Tips Mudah Untuk Kuruskan Kaki yang Besar | Kaki yang kurus dan kecil menjadi idaman setiap wanita. Mesti ramai wanita yang mengalami kaki yang besar dan banyak lemak.
Mereka gelarkan kaki mereka macam ‘gajah’.
Wanita juga sangat bencikan peha yang besar atau betis seperti pemain bola sepak.
Menerusi Hanasuva.com, kami kongsikan 5 tips mudah untuk mendapatkan kaki ala-ala model.
Kawal pemakanan
Elak atau kurangkan makanan berlemak! Bukan tiu sahaja, kawal pengambilan kalori, makanan berminyak, makanan ringan, soda dan bergula.
Berlari
Berlari adalah cara terbaik untuk membentuk tubuh, terutamanya kaki. Anda akan mendapatkan kaki kurus dan cantik, serta membakar lebih banyak lemak pada kaki dengan berlari.
Lompat tali
Kalau tak ada masa, boleh je lakukan aktiviti skipping di laman atau di depan tv juga boleh membantu membakar kalori pada kaki dan melatih otot kaki sehingga terbentuknya kaki yang kecil dan kurus.
Berbasikal
Sukan berbasikal memang dapat menguruskan kaki yang besar. Bahagian tubuh yang paling bekerja keras semasa berbasikal adalah kaki.
Aerobik
Senaman Aerobik juga adalah cara terbaik untuk membakar kalori. Bukan kaki sahaja yang kurus, seluruh badan juga lebih langsing kerana seluruh badan bergerak.
No comments: