Waris Sah Bergelar Suami Izzati
Penyanyi Rap Waris Selamat Bernikah Dengan Gadis Pilihan Hati Izzati | Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi rap yang popular dengan lagu Rembau Most Wanted iaitu Waris yang kini sudah sah bergelar suami kepada Izzati Amirah Kamaruddin hanya dengan sekali lafaz.
Memetik Beautifulnara, pasangan tersebut telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Kamaruddin Md Sidek dalam satu majlis pernikah di Surah Al-Wehdah, Taman Lestari Permai, Seri Kembangan kira-kira jam 5.42 petang tadi.
Waris memberi mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran berjumlah RM15,000 kepada pihak perempuan. Kedua-dua mereka memberi 9 dulang hantaran.
Waris ketika ditemui pihak media selepas majlis akad nikah meluahkan rasa syukur apabila segalanya berjalan dengan lancar dan mengharap semua pihak mendoakan yang terbaik buat beliau dan isteri dalam melayari bahtera perkahwinan.
Esok pasangan pengantin baru ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di kediaman pihak perempuan.
InshaAllah, semoga anda berdua kekal bahagia sehingga ke ahir hayat. Apa yang penting selalulah setia dengan pasangan dan menghadapi segala liku dalam perkahwinan dengan penuh kesabaran.
No comments: