Header Ads

Wak Doyok Untung RM 3.5 Juta Seminggu

Produk Krim Jambang Laris: Wak Doyok Untung RM 3.5 Juta Seminggu | Wak Doyok satu nama yang tiba-tiba muncul dan sudah popular di Malaysia. Pernah dihencap kerana kontroversi komen “merecik”, kini Wak Doyok sedang giat mempromosikan krim jambang beliau yang kini sedang laris  di pasaran dan sudah terjual sebanyak 100,000 unit hanya dalam seminggu. (Wah, kencang betul Wak ye..)

Wak Doyok Untung RM 3.5 Juta Seminggu

Berdasarkan kiraan, satu unit krim jambang Wak Doyok dijual dengan harga RM 35 jadi hasil jualan beliau mencecah angka RM3.5 juta.  Nampaknya, beliau sudah bergelar jutawan dalam sekelip mata.

Tidak dapat dinafikan, Wak Doyok mempunyai jumlah pengikut yang ramai dan tidak mustahil produk beliau mendapat sambutan.

Kejayaan Wak Doyok sebenarnya boleh dijadikan sumber inspirasi serta pembakar semangat untuk anak muda di luar sana berjaya dalam perniagaan.

Namun, anda harus ingat perniagaan ini bukan setakat kena ada nama dan modal tetapi perlu ada strategi yang baik untuk melariskan produk.

No comments:

Powered by Blogger.