Undi Tidak Percaya Terhadap Najib Tidak Perlu Kerana Malaysia Masih Aman
Tidak Perlu Undi Tidak Percaya Terhadap PM Kerana Malaysia Masih Aman - Timbalan Menteri | Berdasarkan senario politik negara sekarang, sebenarnya tidak perlu diadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, dia menolak cadangan yang dicadangkan pembangkang tersebut kerana terpalit dengan skandal 1MDB.
Beliau berkata demikian semasa dihubungi oleh wartawan KiniTV di mana walaupun 1MDB adalah satu masalah tetapi tindakan itu tidak perlu kerana Malaysia masih merupakan negara selamat, keselamatan tidak terancam dan ekonomi juga tidak tergugat.
“Orang ramai bebas untuk pergi mana-mana, orang ramai boleh pergi bekerja, orang ramai jalankan perniagaan, orang ramai amsih boleh ke sekolah dan kolej, orang ramai masih boleh “enjoy” karaoke, mereka masih boleh berhibur.”
“Mereka masih boleh pergi bercuti dan datang kembali, jadi tidak ada alasan kenapa perlu diadakan undi tidak percaya di parlimen,”
“1MDB satu isu, kita dalam kerajaan masih cuba menyelesaikan masalah 1MDB ini,” katanya.
No comments: