Header Ads

Teknologi I-Sajadah Oleh Pelajar UTeM

Pelajar UTeM Reka I-Sajadah Bantu Ingatkan Rakaat Solat | Tidak dinafikan, sebagai umat Islam ada kalanya pernah mengalami masalah terlupa pada rakaat ketika solat.

Melihat situasi yang berlaku ini, dua pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem) mendapat idea bagi mengatasi masalah itu dengan mencipta inovasi terbaharu iaitu sejadah yang boleh bantu mengira rakaat solat memetik Mynewshub.

Teknologi I-Sajadah Oleh Pelajar UTeM

Sejadah unik ini sekali gus diharap dapat membantu meningkatkan konsentrasi dan kualiti ibadah umat Islam ketika mendirikan solat.

Rekaan yang diberi nama I-Sajadah ini dikatakan terbahagi kepada tiga bahagian; bahagian kepala, lutut dan kaki dan setiap daripadanya dilengkapi dengan silicone rubber key yang mengandungi pengesan.

Teknologi I-Sajadah Oleh Pelajar UTeM

Selain itu, sejadah pintar ini mempunyai tiga komponen utama iaitu Bahagian Paparan, Pengawal Mikro (Microcontroller) dan Gelang Isyarat Rakaat.

Cara penggunaannya sangatlah praktikal di mana sekiranya terlupa pengguna hanya perlu mengangkat kaki kanan sedikit dan Bahagian Paparan akan menunjukkan kiraan rakaat solat selama lima saat.

Teknologi I-Sajadah Oleh Pelajar UTeM

Rekaan unik ini sedang dipertandingkan dalam Pertandingan DreamCatcher 2015.

No comments:

Powered by Blogger.