Taksedar 'Terliwat' Budak 7 Tahun
Penganggur 'Terliwat' Kanak-kanak 7 Tahun | Kuala Lumpur : Seorang penganggur mendakwa berada dalam keadaan tidak sedar ketika meliwat seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Cheras. Menurut lelaki berkenaan dia ketika itu khayal selepas menghidu gam.
Penganggur tersebut, Adam Shafiq Malik Fairus, 29, mengaku bersalah melakukan persetubuhan diluar tabie pada 5 Ogos lepas diantara jam 1.30 petang hingga 2 petang di sebuah flat di Desa Tun Razak, Cheras memetik Siakap Keli.
Gambar hiasan. |
Menurut pertuduhan, tertuduh yang baru sahaja selesai menghidu gam dikatakan menarik mangsa yang manaiki lif untuk ke rumah pengasuhnya.
Penagsuh kanak-kanak terbabit yang menyedari kehilangan mangsa mencari mangsa di kawasan sekitar dan mendegar tangisan.
Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan tidak terurus dan rambut yang kusut. Mangsa juga mengadu sakit di bahagian sulitnya.
Alasan Adam Shafiq tidak sedar ketika melakukan perbuatan itu bagaimanapun tidak diterima oleh Hakim Zulqarnain Hassan.
Mahkamah memerintahkan Adam Shafiq mendapatkan peguam untuk mewakilinya dan menetapkan 17 Ogos untuk sebutan kes.
No comments: