Header Ads

Suami Terkejut Dengan Keadaan Rumah Bersepah

“Kerja apa je isteri buat di rumah? Bersepah sangat ni kenapa?” – Suami | Jika anda seorang suami yang seharian penat berkerja dan mungkin stress di tempat kerja, pasti balik rumah anda mahu melihat suasan yang nyaman.

Namun, bagaimana sekiranya keadaan rumah anda kelihatan seperti gambar ini?

Suami Terkejut Dengan Keadaan Rumah Bersepah

Kisah ini dipetik dari Facebook Joe Zixx yang menceritakan bagaimana hati dan perasaan seorang suami apabila balik rumah, keadaan bersepah bagaikan tongkang pecah.

Kerja apa jer isteri buat dirumah?

Bila SUAMI balik rumah…. Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

Waaa… Mana isteri ku…

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isteri terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuuH.. Lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

Lelaki tu pun berfikir…

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

Hahaha… Takde yg nak marah ku…

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa…

No comments:

Powered by Blogger.