Header Ads

Pertukaran pegawai kanan SPRM dibatalkan

Ali Hamsa sahkan pembatalan pertukaran pegawai kanan SPRM | Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini mengesahkan pembatalan pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Kedua-dua pegawai SPRM berkenaan menerima arahan pertukaran ke JPM pada Jumaat ketika siasatan polis dijalankan berhubung dakwaan kebocoran dokumen siasatan melibatkan syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memetik Astro Awani.

Pertukaran pegawai kanan SPRM dibatalkan

Ali berkata beliau dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah bertemu kedua-dua pegawai berkenaan, Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Strategik Komunikasi Datuk Rohaizad Yaakob pagi ini.

Menurutnya, setelah mendengar penjelasan kedua-dua pegawai terbabit, beliau membuat keputusan membatalkan arahan pertukaran mereka.

“Saya telah buat keputusan membatalkan arahan pertukaran mereka ke Jabatan Perdana Menteri dan mereka akan kembali ke jawatan asal mereka di SPRM berkuatkuasa 10 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pertukaran pegawai kanan SPRM dibatalkan

No comments:

Powered by Blogger.