Header Ads

Pekerja HKL kurang ajar maki warga emas kerana tidak isi borang lengkap

Pekerja HKL Bersikap Kurang Ajar Terhadap Warga Tua Dikecam | KEJADIAN yang berlaku di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini pasti membuatkan anda ‘panas’.

Baru-baru ini, seorang lelaki warga emas telah dimarahi oleh petugas di kaunter hospital tersebut hanya kerana tidak mengisi borang yang diberikan dengan lengkap memetik Mynewshub.

Pekerja HKL kurang ajar maki warga emas kerana tidak isi borang lengkap

Difahamkan, lelaki tua itu mempunyai masalah penglihatan menyebabkan dia tidak dapat melengkapkan borang yang diberikan.

Namun tanpa bertanya dahulu, petugas tersebut terus memaki hamun menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya setelah melihat borang yang diberikan kepadanya.

Menurut individu yang memuat naik gambar viral tersebut, petugas tersebut amat tidak profesional dan kurang ajar kepada orang awam.

“Ni manusia paling ******* skali. pakcik xnampak mata nak tulis, die boleh marah. cakap nak marah2 b****,” kata Pajan @Shahfahzan di laman Twitter.

Pekerja HKL Bersikap Kurang Ajar Terhadap Warga Tua Dikecam

Pekerja HKL Kurang Ajar Terhadap Warga Tua
Pekerja HKL Kurang Ajar Terhadap Warga Tua

Difahamkan perkara seperti ini bukannya kali pertama berlaku di situ cuma kali ini ia datang beserta gambar.

Menurut sumber, terdapat lima kaunter yang disediakan namun hanya dua sahaja yang beroperasi pada hari tersebut.

Difahamkan, pihak HKL telah mengambil maklum kes tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap pekerja terbabit.

No comments:

Powered by Blogger.