Header Ads

Panda Liang Liang beranak, Najib teruja

Najib gembira panda Liang Liang beranak | Dua ekor panda yang diberi nama Liang Liang dan Xing Xing adalah pemberian dari China sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kegembiraan apabila panda yang diberi nama Liang Liang selamat beranak di Zoo Negara, jam 1.45 tengah hari, pada Selasa memetik Free Malaysia Today.

Panda Liang Liang beranak, Najib teruja

Perdana Menteri meluahkan kegembiraan itu menerusi status yang dimuatnaik di Facebook rasminya.

“Gembira mendapat berita bahawa Liang Liang, panda di Zoo Negara, telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari tadi,” tulisnya.

Pasangan panda, Liang Liang dan Xing Xing itu adalah pemberian dari China sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China.

Ketika berita ini ditulis, status yang baru dimuatnaik itu telah dikongsi lebih 600 pengguna dengan lebih 5,500 ‘likes’.

Bagaimanapun, rata-rata respon pengguna Facebook kepada status tersebut menggambarkan sebaliknya.

“Jangan kata anak panda itu nanti pun kena pulangkan.. Maklum la. Kedua dua panda itu adalah pinjaman.. m******!!!,” tulis Gundam Emi

Manakala, Irani Mod pula menanyakan tentang cadangan nama yang hendak diberi kepada panda tersebut.

Ramie Ramli pula berkata, “Ge lantak lah panda tu dah beranak ke belum rakyat bawahan yang semakin susah nak hidup dengan kos mangkin tinggi.”

Manakala Nazariah Nowawi pula memuatnaik, “Binatang beranak pon nk updet status?”

Komen-komen lain rata-rata menyindir agar panda itu dinamakan sebagai ‘derma’ selain mempersoal jika kelahiran panda itu lebih menggembirakan berbanding situasi ekonomi di mana nilai mata wang semakin lemah.

No comments:

Powered by Blogger.