Header Ads

NGO selamatkan kucing Huru dari disembelih di Festival Daging Kucing

Huru Diselamatkan Daripada Jadi Mangsa Festival Daging Kucing | SEBUAH pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Amerika Syarikat berjaya menyelamatkan seekor kucing yang dicuri daripada menjadi mangsa Festival Daging Kucing Dan Anjing di China.

Usaha menyelamatkan kucing tersebut bermula apabila gambarnya memanjat pagar dipaparkan di media sosial sempena sambutan festival berkenaan memetik Mstar.

NGO selamatkan kucing Huru dari disembelih di Festival Daging Kucing

Kucing yang diberi nama Huru itu kelihatan memanjat pagar apabila seorang penyembelih anjing dan kucing sedang memilih bintang itu untuk disembelih.

Berikutan itu, usaha menyelamat digerakkan sebelum NGO berkenaan berjaya mendapatkan Huru bersama beberapa ekor anjing dan kucing lain.

Huru Diselamatkan Daripada Jadi Mangsa Festival Daging Kucing

Huru kemudian dicuci dan ditempatkan di pusat pemeliharaan bintang NGO tersebut.

Gambar Huru dalam keadaan bersih dan dimuatkan ke media sosial  menarik perhatian peminat kucing daripada seluruh dunia.

No comments:

Powered by Blogger.