Header Ads

Najib Boleh Tarik Balik BR1M Kalau Anda Tak Mahu

“Adakah anda mahu BR1M? Jika anda tidak mahu, saya boleh tarik balik,” – Najib Razak | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau boleh menarik semula Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekiranya rakyat tidak memerlukannya.

“Adakah anda mahu BR1M? Jika anda tidak mahu, saya boleh tarik balik,” katanya kepada perwakilan ketika berucap di mesyuarat agung Umno Pasir Gudang, hari ini.

Najib Boleh Tarik Balik BR1M Kalau Anda Tak Mahu

Kenyataan itu kemudian disambut secara sederhana di kalangan perwakilan dengan beberapa daripada mereka menjawab: “Kami masih mahu”.

‘Ugutan’ dengan nada gurauan itu dilontar Najib sambil menyindir pengkritik kerajaan.

Sambil mendakwa ada pihak yang tidak sukakan bantuan kewangan itu, Najib berkata, pada zaman sebelum ini kerajaan membantu rakyat dengan membina kemudahan awam seperti jalan raya.

“Tetapi pada zaman saya, dapur rakyat pun kita bantu,” katanya memetik Malaysiakini.

Walaupun tidak menyebut nama pengkritik tersebut, dipercayai Najib merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini beberapa kali mengkritik dasar kerajaan memberikan bantuan kewangan tahunan untuk rakyat.

Kata Dr Mahathir pemberian BR1M itu boleh dianggap sebagai rasuah dan membeli undi.

No comments:

Powered by Blogger.