Lokasi Tempat Makan Nan Cheese Paling Sedap di Kuala Lumpur
3 Tempat Makan Nan Cheese Paling Sedap di KL | Masih tercari-cari lagi tempat makan nan cheese paling sedap? Kepada mereka yang teringin sangat nak makan nan cheese terbaik di sekitar Kuala Lumpur, kami nak kongsi dengan anda 3 tempat makan nan cheese ini yang sentiasa menjadi kunjungan ramai terutamanya penggemar makanan ini.
Menerusi The Rakyat Post, kami kongsikan 3 lokasi makan Nan Cheese paling DAEBAK di sekitar Kuala Lumpur.
1. RSMY House @ Taman Danau Kota
Diberi jolokan “The Best Cheese Naan in Town” kerana limpahan cheese yang sangat banyak. Roti naan mereka memang lembut dan rangup.
Address: D-72A, Plaza Usahawan, Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.
2. Nathan’s Corner @ Bukit Jalil
Yang menariknya tentang nan cheese di sini ialah anda dapat lihat lebihan cheese di bahagian luar.
Address: Jalan 6/155, Taman Industri Bukit OUG, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
3. Sri Steven’s Corner @ OUG
Cheese yang diletak memang banyak dan tidak mengecewakan anda! Penggemar nan cheese memang wajib mencuba Cheese Naan disini.
Address: 18 & 18A, Jalan Hujan Rahmat Dua, OUG, Jalan Kelang Lama, 58200 Kuala Lumpur.
No comments: