Lamaran Guna Buah Laici Untuk Kekasih
Hampa Lamaran Istimewa Guna Buah Laici Ditolak Kekasih | Hasrat seorang lelaki di sini melamar teman wanitanya dengan menggunakan buah laici berakhir dengan kekecewaan selepas gadis itu menolak lamarannya.
Dong, 24, dengan bantuan beberapa rakannya menyusun beberapa laici menjadi bentuk hati dan perkataan Love di atas sebuah jejantas di bandar ini memetik Harian Metro.
Tindakan pelik Dong dan rakannya itu menyebabkan orang ramai berkumpul di atas jejantas berkenaan untuk melihat apa yang berlaku.
Dong berkata, dia sudah lama merancang untuk membuat kejutan dengan melamar kekasihnya yang berusia 23 tahun.
Katanya, dia menggunakan laici kerana buah itu adalah kegemaran kekasihnya.
“Saya sangat teruja. Kebahagiaan saya bergantung kepada keputusan lamaran ini dan saya yakin dia akan menerimanya,” kata Dong kepada wartawan.
No comments: