Header Ads

Lagu Najwa, Anak Muhyiddin

Anak Muhyiddin, Najwa muat naik klip lagu baru After The Rain | “Kita semua mungkin terjatuh namun kita semua bangkit. Bertabahlah Malaysia (kerana) selepas hujan akan muncul mentari,” begitu anak Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa, menyatakan perasaannya ketika ini.

Memuat naik lagu dan klip video terkininya di Internet malam tadi, orang ramai segera memberi reaksi hangat kepada lagu After The Rain itu.

Najwa ajak rakyat Malaysia bertabah
Najwa ajak rakyat Malaysia bertabah
When life gets cold and skies aren’t blue
you’re not alone, I’m here for you
My brothers and sisters
we’ll see you through.

Kelmarin Najwa sudah menguar-uarkan rancangannya memperkenalkan lagu terbaru ciptaan Juny itu melalui Facebook memetik laporan MalaysiaKini.

Lagu Najwa, Anak Muhyiddin

Seperti dijanjikan klip video berkenaan dimuat naik di Facebook Najwa awal malam tadi.

Percaya kepada muzik dan ‘kuasanya’ untuk menyembuhkan.

Justeru Najwa Mahiaddin tampil menawarkan penyembuhan melalui lagu terbarunya, After The Rain.

Lagu dan klip video sepanjang 5.30 minit itu lain memuatkan lirik bermakna. Antara lain liriknya ialah:

We may all fall down
but we all get up
hold your head up Malaysia
after the rain comes the sun

Dalam Facebooknya, Najwa menyatakan harapannya agar lagu berkenaan dapat memberikan “kelegaan dan kekuatan kepada kita semua di waktu mencabar ini”.


Kenyataan itu dilihat menjadi lebih signifikan apabila mengambil kira Najwa bukanlah datang dari latar keluarga yang biasa.

Najwa adalah anak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak pada 28 Julai lalu.

Malah pada hari Najib mengumumkan keputusannya mengetepikan Muhyiddin, Najwa tampil dengan tweet ringkas: “Allah knows best“.


Klip video terbaru Najwa itu dikongsinya di Facebook malam tadi dan mula menarik perhatian ramai.

Sehingga jam 1.15 pagi tadi klip video dari akaun Facebook Najwa sudah dikongsi lebih 2,500 kali, selain mendapat like sekurang-kurangnya 2,300 orang.

Dapat sambutan

Muhyiddin diketepikan Najib daripada kabinet kerana lantang membangkitkan rasa tidak puas hatinya terhadap cara kerajaan menangani isu 1MDB.

Turut diketepikan ialah salah seorang Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie juga beberapa kali membangkitkan isu sama secara terbuka.

Najib melantik Ahli Parlimen Bagan Datoh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi timbalannya.

Lagu terbaru Najwa itu ternyata disenangi pengikut akaun Facebook beliau dan mereka menyatakan rasa penghargaan terhadap kemunculan karya terbarunya.

After The Rain dicipta oleh Juny dan dirakamkan di Maveriq Studios, manakala pengarah untuk klip video berkenaan ialah Henry Ooi.

Turut dipaparkan adalah hashtag #KeepYourHeadUpMalaysia.

No comments:

Powered by Blogger.