Kucing Berpendapatan RM15.56 Juta Milik Karl Lagerfeld
13 Gambar Kucing Milik Karl Lagerfeld, Miliki Pendapatan Sebanyak RM15.56 Juta Tahun Lepas | Kucing ini hidup serba mewah, lengkap dengan perkhidmatan dua orang gaji sepenuh masa.
Mewah sangat dah tu kalau sampai ada dua orang gaji untuk seekor kucing!
Bukan itu sahaja, kucing ini juga mengaut pendapatan jutaan ringgit setahun dengan kontrak peragaan sahaja.
Kucing yang diberi nama Choupette ini, sebenarnya milik jutawan terkenal Karl Lagerfeld yang merupakan pemilik Chanel dan Pengarah Kreatif Fendi.
Menurut Karl, pada tahun lalu, Choupette telah memperoleh pendapatan sebanyak RM15.56 juta bersama jenama kecantikan Jepun Shu Uemura dan Corsa Kalendar 2015.
Manakan tidak kucing ini menjadi perhatian ramai. Dengan bulu putihnya yang gebu dan mata biru yang bulat, cukup membuatkan semua terpukau.
Pasti ramai yang cemburu melihat kehidupan Choupette yang serba mewah ini.
Lebih menarik, kucing ini juga memiliki Instagramnya sendiri. Jom lihat foto menarik Choupette.
No comments: