KJ Tak Takut Hilang Jawatan
'Saya tak gentar hilang jawatan' - Khairy | Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak gentar dengan sebarang tindakan akibat kelantangannya dalam isu yang melibatkan perpindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya tak risau (kedudukan saya terjejas atau digugurkan daripada Kabinet) kerana saya percaya kita harus berpegang pada kebenaran.
“Kita harus jaga kebebasan institusi dan bercakap tanpa takut terjejasnya kedudukan,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Klang di sini pada Sabtu memetik Astro Awani.
KHAIRY: PM sendiri kata, dia tak mau ‘yes man’ di sekelilingnya bermaksud dia (Perdana Menteri) hargai sesiapa yang membawa pendapat berbeza. |
Katanya, bermuhasabah secara terbuka melalui platform mesyuarat UMNO Bahagian selari dengan apa yang diungkapkan presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.
“Tadi PM sendiri kata, dia tak mau ‘yes man’ di sekelilingnya bermaksud dia (Perdana Menteri) hargai sesiapa yang membawa pendapat berbeza.
“Jadi, ini yang sedang saya lakukan sebab ramai di kalangan penjawat awam pun mula suarakan kerisauan mereka (tentang isu perpindahan pegawai SPRM) dengan persepsi penjawat awam diganggu tugas,” katanya.
Khairy mengulas perkembangan susulan pertukaran Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Bahagian Strategik Komunikasi SPRM, Datuk Rohaizad Yaacob ke Jabatan Perdana Menteri.
Semalam, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, mendesak agar intimidasi serta tindakan yang diambil ke atas pegawai SPRM terbabit perlu dihentikan segera. Bagi beliau, tindakan mengganggu tugas SPRM disifatkan sebagai pelik.
No comments: