Header Ads

Kisah Sebenar video wanita langgar warga emas yang sedang mengisi minyak

Punca Warga Emas Cedera Parah Dilanggar Ketika Sedang Isi Minyak | Seorang warga emas berusia 70 tahun mengalami kecederaan serius selepas dilanggar sebuah kereta semasa sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Jalan Besar, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata insiden berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari Ahad memetik MStar.

Mangsa, Mohamad Nasir Manas, dilanggar sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 42 tahun.

Kisah Sebenar video wanita langgar warga emas yang sedang mengisi minyak

“Siasatan awal polis mendapati insiden berlaku apabila pemandu gagal mengawal kereta Perodua Kancil yang dipandunya selepas seliparnya tersekat pada pedal pemecut kereta tersebut.

Insiden tersebut dirakamkan dalam kamera kitar tertutup stesen minyak berkenaan dan menjadi viral di laman media sosial.

No comments:

Powered by Blogger.