Header Ads

Isu Susu DNA Lembu Viral

Susu Binatang Pengaruhi Akhlak? | Viral di laman sosial screenshot program TV3 melalui rancangan 'Fiqh Wanita' yang membincangkan mengenai susu lembu. Menerusi screenshot, pengacara dilaporkan sedang membincangkan topik pengambilan susu lembu terhadap bayi.

Isu Susu DNA Lembu Viral

Seperti yang kita sedia tahu, hampir semua susu formula yang sering muncul di iklan televisyen adalah susu lembu.

Berikut merupakan keratan yang tersebar:

Susu Binatang Pengaruhi Akhlak?

Berikut pula komen pengguna laman sosial yang dikenali sebagai Mohd Nor Hafiz Suratman mengenai isu ini.

Susu Binatang Pengaruhi Akhlak? 

Memang benar susu ibu lebih baik dari susu kambing, unta, kerbau dan lain2

Tapi nak dikatakan yg susu itu mempengaruhi manusia bersifat binatang itu silap. Ustazah perlukan lebih banyak membaca dan kaji sebelum nk on air dalam tv dan dilihat ribuan orang

Kita back to basic paediatric, susu ibu penuh segala khasiat macam iron dan lain

Apa yg saya belajar dalam perubatan kanak2, tiada pemberian segala susu binatang sebelum umur satu tahun dan penuh susu ibu selama dua tahun, kemudian kalau anak dah start weaning, batu kita boleh beri susu binatang dalam jumlah 24 ounces sehari

Sebab lining perut baby agak kurang mature jadi proses penghadaman akan jadi berkurangan, baby akan developed diarrhoea, bloating malah lactose intolerance pon boleh terjadi

Kalau baby ada allergy susu lembu lagi bahaya, boleh inflammed lining usus dan baby boleh develop berak berdarah

Ini antara point2 kenapa kita tak digalakkan beri susu bintang pada baby. Bukan disebab kan oleh pengaruh DNA dan lain2. Kalau budak tu dah besar jadi macam lembu, sila salahkan kerajaan. Ahaks

Dan terima kasih Ustazah. Awak ada ilmu tapi baik serahkan urusan ilmu pada yg ahli. Bukan apa, public figure ni semua org ikut. Hehehehe. Moga Allah buka hijab kita nak faham ilmu dunia dan akhirat

Ok.. Aku nak gi open house ni. Makan daging lembu dan kambing banyak2. Ahaks.

No comments:

Powered by Blogger.