Header Ads

Isu Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu

Kisah Sebenar Poster ‘1 Ayah 2 Ibu’ | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menafikan penyebaran poster ‘Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu’ yang menggunakan nama dan logo KPWKM ada kaitan dengan kementerian itu.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, pihaknya kesal dengan penyalahgunaan tersebut dan laporan polis telah dibuat memetik Sinar Harian.

Isu Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu

“KPWKM dan agensi di bawahnya menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu yang dihebahkan menerusi laman dan aplikasi media sosial ada berkaitan dengan Kementerian.

“Kementerian kesal dengan tindakan penyalahgunaan nama, logo serta laman web Kementerian dalam poster tersebut,” katanya.

Poster tersebut menawarkan pendaftaran segera untuk program pada tahun depan.

Sehubungan itu, KPWKM menasihatkan agar orang ramai tidak mempercayai maklumat palsu tersebut.

“Susulan daripada itu, kementerian telah membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini bagi siasatan lanjut.

“Kementerian ingin menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan menyeru berhenti menyebarkan kepada orang lain,” katanya.

No comments:

Powered by Blogger.