Header Ads

Isu Nora Danish Putus Dengan Nedim

Adakah Nora Danish Sudah Berpisah Dengan Nedim? | Ada pertanyaan daripada pembaca akhbar Aida (Utusan Malaysia) baru-baru ini mengenai kesangsiannya setelah menatap laman Instagram Nora Danish. Katanya Nora kini semakin jarang berkongsi gambar terbaharu dan yang paling ketara adalah ketiadaan gambar bersama kekasihnya, Nedim.

Aida tidak tahu bagaimana mahu mengurangkan kesangsian pembaca ini, tetapi kalau dilihat memang Nora seperti sedang melalui sesuatu detik yang sukar. Malah Aida sempat melihat satu dua komen, ada yang membayangkan Nora dan Nedim sepertinya sudah berpisah.

Isu Nora Danish Putus Dengan Nedim

Aida tidak beranilah mahu mengiyakan perkara ini memandangkan, sukar sebenarnya untuk kita mendapatkan kepastian melalui laman Instagram sahaja. Aida cuba juga untuk menghubungi Nora tetapi tidak dapat bercakap dengannya sehingga kini. Bukan apa, Nora bagi Aida bukan kanak-kanak yang akan mencari perhatian dengan cara yang salah. Senang cerita dia sudah cukup besar untuk menyelesaikan apa sahaja yang dihadapinya.

Cumanya kita sendiri tidak tahu apa yang sedang dilalui wanita ini, kita beranggapan dia sedang bersedih entah-entah kala ini siapa tahu dia sedang menunggu untuk melangkah ke fasa berbeza. Sebab kalau dilihat pada deretan gambar perkongsian Nedim pula, ada yang membayangkan dia sedang menunggu untuk sesuatu yang besar dalam hidupnya. Kahwin, tunang, semua itu mungkin juga, kan? Jadi janganlah kita membayangkan yang buruk-buruk sahaja.

Tentang Nora juga, semua pun tahu, Nora sedang melalui waktu yang sedikit sukar dua tiga bulan ini. Mungkin disebabkan kontroversi demi kontroversi, tak habis habis. Tidak mengapa, ambil lah masa untuk tenangkan diri dahulu siapa tahu ada hikmah yang menanti, yang pasti kami sentiasa mengharapkan yang terbaik buat Nora.

Isu Nora Danish Putus Dengan Nedim

No comments:

Powered by Blogger.