Isu Neelofa Makan ‘Siput Babi’
Gambar Makanan ‘Siput Babi’ Neelofa Dikecam Peminat | Dek kerana sekeping gambar makanan yang kelihatan seperti siput babi, peminat-peminat Neelofa di Instagram mula berbalah.
Gambar tersebut dipercayai dimuat naik oleh Neelofa ketika sedang bercuti di Perancis.
Neelofa memuat naik gambar terbabit dengan kapsyen “hands down the best escargot so far”
Setelah gambar itu dimuat naik, peminat-peminat Neelofa mula melontarkan pandangan mereka terhadap perkara terbabit. Antara isu yang dibahaskan oleh mereka adalah status halal makanan terbabit.
Antaranya komen yang terpampang adalah “Makan benda haram boleh menggelapkan hati,”.
Selain itu ada juga yang meminta orang ramai ke laman e-fatwa.org untuk merujuk status escargot sama ada halal ataupun haram.
No comments: