Header Ads

Isu Berita Pelawak Pie Sudah Meninggal Dunia

Benarkah Pelawak Pie Meninggal Dunia? | Khabar angin yang mendakwa pelakon komedi, Shafiee Jaafar atau mesra disapa Pie telah kembali ke Rahmatullah adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, pelakon yang terkenal menerusi filem Nana Tanjung dan Mami Jarum ini masih hidup dan sedang dirawat di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang sejak semalam  memetik Mynewshub.

Isu Berita Pelawak Pie Sudah Meninggal Dunia

Difahamkan, aktor veteran itu dimasukkan ke hospital di Seberang Perai Utara itu pada pukul 2 pagi semalam selepas mengadu mengalami kesejukan yang melampau hingga menyebabkan seluruh badannya menggigil.

Dalam pada itu, Pie turut meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab dikesan sengaja menyebarkan fitnah sebegitu padanya.

Katanya, dia tidak tahu apakah tujuan sebenar dan mengapa berita sebegitu cuba disebarkan.

“Tolong hentikan semua ini kerana umur saya masih panjang dan teruslah berdoa yang baik-baik bukannya dengan cara begini,” katanya yang dimasukkan ke wad berikutan jangkitan pada paru-paru.

Isu Berita Pelawak Pie Sudah Meninggal Dunia

No comments:

Powered by Blogger.