Duduk Sebelah Penumpang Gemuk, Lelaki Saman Syarikat Penerbangan
Saman Syarikat Penerbangan Kerana Terpaksa Duduk Sebelah Penumpang Gemuk | Seorang lelaki Australia mengemukakan tuntutan saman terhadap syarikat penerbangan Etihad Airways kerana mendakwa mengalami sakit belakang selepas dipaksa duduk di sebelah penumpang yang gemuk dan kerap batuk.
James Andres Bassos mendakwa terpaksa berdepan keadaan tersebut ketika dalam penerbangan dari Sydney ke Dubai pada 2011 lalu.
Menurut Bassos, dia terpaksa mengecilkan badan ketika duduk di sebelah penumpang gemuk itu dan apabila penumpang tersebut batuk, air liurnya terpercik dari mulut.
Selepas lima jam, baharulah kru penerbangan membenarkan dia menukar tempat duduk dan ditempatkan bersama kru terbabit.
Namun atas dasar keselamatan, dia terpaksa dipindahkan semula ke tempat duduknya.
Bassos berkata, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menghabiskan baki 9 jam perjalanan dengan duduk di sebelah lelaki gemuk itu.
Keadaan itu dakwa Bassos menyebabkan kecederaan pada belakangnya.
Etihad bagaimanapun menyanggah dakwaan berkenaan dengan hujah ia bukan sesuatu yang luar biasa apabila mempunyai penumpang dengan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun Hakim Fleur Kingham enggan membatalkan tuntutan saman tersebut kerana beliau tidak yakin bahawa Bassos tidak mempunyai peluang untuk menang.
Beliau juga mengarahkan Bassos membuat pemeriksaan kesihatan pada Disember.
No comments: