Dr MAZA beri kenyataan ‘pemberian kerana kedudukan adalah rasuah’
Pemberian kerana kedudukan adalah rasuah - Mufti Perlis | Apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma, ramai yang mula membuat tafsiran sendiri.
MOHD ASRI: Menasihatkan pemimpin agar menilai kembali bentuk ‘hadiah’ yang diterima mereka. |
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA, di laman Facebooknya, membuat kesimpulan bahawa jika satu pemberian yang dibuat punya kaitan dengan jawatan yang dipegang, ia adalah satu bentuk rasuah.
Kesimpulan itu dibuat berdasarkan sabda Rasullullah S.A.W yang diambil dari riwayat Al-Bukhari, katanya.
Di laman sosial, ramai yang berkongsi makna ‘suapan’ yang diambil dari Akta SPRM 2009 (Akta 694), di mana menjelaskan derma merupakan salah satu bentuk suapan
Menurut Seksyen 3 Akta SPRM 2009 (Akta 694), tafsiran “suapan” selain wang atau apa-apa manfaat, ia termasuk “derma”. |
Definasi “derma” dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah – Suapan #1MDB |
SPRM dalam kenyataannya semalam turut memaklumkan penemuan dana berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International Sdn Bhd.
Laporan hasil siasatan berkenaan dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara, kata kenyataan itu.
No comments: