Detik Cemas Budak Perempuan Jatuh Eskalator di Parkson KB
Kanak-Kanak Perempuan Jatuh Eskalator di Parkson KB, Patah Kaki Kanan | Lagi kes kemalangan melibatkan kanak-kanak di pasar raya yang mana seorang kanak-kanak perempuan telah jatuh eskalator di pusat beli-belah Parkson di Kota Bharu, Kelantan.
Kemalangan tersebut telah mengakibatkan kaki kanan kanak-kanak tersebut patah.
Menurut penyelia pengawal keselamatan Kota Bharu Trade Centre, pada jam kira-kira 1.10 tengah hari tadi di terdengar jeritan pengunjung di pusat beli-belah tersebut lalu bergegas ke tempat kejadian di atas G.
Tibanya dia di situ melihat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dalam 3 tahun sedang berbaring di atas lantai setelah terjatuh dari aras 1.
Tambahnya lagi, menerusi pemeriksaan rakaman litar tertutup (CCTV) telah mendapati bahawa kanak-kanak tersebut telah menaiki tangga eskalator menerusi bahagian luar dan berpaut pada pemegang tangga tersebut tanpa diawasi oleh sesiapa.
Kanak-kanak malang itu lalu terjatuh setelah tanggannya terlepas dari pemegang tangga itu.
Kanak-kanak tersebut bagaimanapun telah dibawa dengan ambulans ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.
No comments: