Header Ads

Bomba terpaksa dikerah akibat wanita tersangkut di pokok durian

Wanita tersangkut atas pokok durian | Seorang wanita dipercayai kurang siuman terperangkap kira-kira sejam di atas pokok durian selepas memanjat pokok setinggi 12 meter itu dalam kejadian di Kampung Keledek, Bukit Betong, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi, mangsa yang berusia 25 tahun bagaimanapun berjaya diturunkan oleh anggota bomba dan penyelamat menggunakan tangga sebelum diserahkan kepada keluarganya memetik Harian Metro.

Bomba terpaksa dikerah akibat wanita tersangkut di pokok durian

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis Penolong Penguasa Hazlizan Ramli berkata, pihaknya tiba di lokasi kira-kira 8.24 pagi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pada mulanya mangsa tidak mahu turun dari pokok berkenaan walaupun bomba sudah menyediakan tangga menyebabkan ahli keluarga dan pihak berkuasa terpaksa memujuknya.

“Bagaimanapun, selepas beberapa kali dipujuk, mangsa mula turun dari pokok melalui tangga yang disediakan sebelum anggota bomba segera membantunya,” katanya.

No comments:

Powered by Blogger.