Header Ads

Berhati-hati Dengan Penyangak Towing di LPT2

Waspada Dengan Penyangak Towing di LPT2. Jangan Berurusan Dengan Mamat Ni | Semakin hari, semakin ramai yang berani mencari duit dengan cara menipu. Tidak kisahlah apa jenis perniagaan sekalipun. Sekiranya terdapat penipuan, pasti hasil yang diterima tidak berkat.

Kisah yang dikongsikan oleh Noru Akmal di laman facebooknya ini wajar dijadikan pengajaran kepada anda agar tidak melanggan servis yang di tawarkan oleh lelaki ini.

Baca kisahnya:

Tujuan saya up status ni bukan nak menutup periuk nasi sesiapa, cuma sebagai peringatan buat mereka yang menggunakan LPT 2.

Hati-hati degan towing yang disediakan pihak LPT.

Kejadian ni berlaku akhir bulan April 2015, suami saya on the way dari Terengganu ke Seremban, kemudian kereta breakdown di highway Perasing. PLUS bagi nombor towing yang pakai baju hijau tu. Siap la towing sampai ke Bukit Goh, wokshop brader towing ni jugak. Dia cakap kat suami kereta rosak gearbox. So suami tinggalkan kereta dan mintak dia baiki sebab suami rushing nk onshore.

Beberapa hari sebelum flight suami, brader zul ni call bagitaw kereta eksiden masa dia test. So suami tak nak susahkan brader tu, bagi la cover note untuk cover insurans. Bila suami dah naik keje, bini dia ni la yang pegang tanggungjawab uruskan kereta yang baiki kat bengkel.

Gambar lelaki dan status yang dimuatnaik oleh mangsa:

Berhati-hati Dengan Penyangak Towing di LPT2

Hampir 3 bulan baiki, kereta tak siap-siap. Kalau call tanya bila siap brader ni akan marah dan kata bukan nak jaga kereta saya ni je. So saya sabar lagi…Saya nak mintak ambil kereta susah sangat, macam saya ni nak kereta dia. 

Asalnya dia bagitau suami saya harga baiki 1800, kemudian dia mintak dengan saya 4200. So saya rasa dah ditipu….Walau bukan ditipu berbilion, namun saya rasa orang macam ni harus kena tindakan.

Sebelum ambil kereta, saya buat satu report polis. Saya ditemani 2 orang polis masa ambik kereta. Tapi malangnya, brader ni janji pukul 11 pagi, sampai pukul 7 malam baru dapat kereta. Itu pun dia tinggalkan kereta saya di wokshop orang lain.

Keadaan kereta saya sangat menyedihkan dan sebenarnya dia tak baiki pun. Dalam pada menunggu kereta, saya sedar kami diperhatikan oleh gangster. 

Sampai sekarang kereta saya belum siap. Tapi lega sebab dihantar ke bengkel yang kita kenal. Dan pomen yang baiki kereta saya cakap gearbox asal tak rosak langsung, cuma bocor sikit. Tapi brader zul dah ambil semua barang dalam gearbox tersebut…

So, buat yang gunakan LPT 2, hati2…Saya bukan mangsa yang pertama, tapi apa tindakan pihak berkuasa kawasan Bukit Goh?

Berikut merupakan komen orang ramai selepas membaca kisah ini:

Waspada Dengan Penyangak Towing di LPT2

No comments:

Powered by Blogger.